Thursday, December 23, 2010

Langkah Mudah Untuk Wajah Cantik Dan Sihat

Kebanyakan produk kecantikan yang bermanfaat untuk melembabkan dan menyihatkan kulit dibuat daripada bahan-bahan yang terdapat di alam semulajadi. Oleh kerana itu, mengapa tidak terus mengambil dari sumbernya sahaja jika ingin mendapatkan kulit sihat seperti yang diinginkan?

Berikut ini 10 cara mudah mendapatkan kulit wajah yang sihat dengan bahan alam semulajadi:


  • Tepuk wajah dengan kain yang dibasahi dengan air panas untuk membuka pori-pori. Kemudian sapukan madu pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Bilas dengan air hangat, kemudian tepuk-tepuk wajah dengan kain yang dibasahi air sejuk.

  • Buatlah masker dengan kuning telur mentah. Aplikasikan kuning telur pada wajah dan leher, biarkan selama 30 minit, bilas dengan air sejuk.

  • Anda juga boleh membuat masker dengan putih telur. Aplikasikan putih telur pada wajah dan biarkan hingga putih telur mengering di wajah, kemudian baru anda hangatkan.

  • Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh menggunakan anggur. Cukup potong sebiji anggur menjadi dua, kemudian gosokkan isinya pada wajah. Setelah merata, bilas dengan air sejuk.

  • Tumbuk pisang yang sudah terlalu masak hingga halus, kemudian sapukan keseluruh wajah. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air hangat.

  • Yogurt tanpa rasa juga boleh digunakan untuk menyegarkan dan melembabkan wajah. Sapukan yogurt pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

  • Jika anda memiliki bibir yang pecah-pecah, sapukan minyak zaitun sebelum tidur. Biarkan semalaman dan dapatkan bibir lebih lembab esok harinya.

  • Hancurkan buah avokado lalu sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air dingin. Avokado baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit.

  • Siapkan susu pada sebuah bekas, kemudian celupkan sedikit cotton bud atau kapas dan terapkan pada wajah. Biarkan hingga anda merasa kulit wajah jadi lebih tegang dan bersihkan dengan air hangat. Rasakan kulit wajah menjadi lebih lembut.

  • Gunakan baking soda untuk mengangkat kulit mati dengan mencampurkannya dengan cleanser harian Anda.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More