Tuesday, November 16, 2010

Harga Sebuah Kegagalan


Bagi banyak orang kegagalan adalah sesuatu yg buruk. Apakah betul begitu? Untuk fikiran yang dangkal, hal itu memang betul. Namun apabila kita memikirkannya lebih dalam lagi, kegagalan tidak selamanya merupakan bencana.

Mungkin terjadi, dengan kegagalan Tuhan mengingatkan kita bahawa keupayaan kita belum cukup untuk menerima kejayaan. Barangkali Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa masih banyak hal yang harus kita pelajari, yang mana kalau kita berjaya padahal kemampuan kita masih dangkal, kita akan terjatuh lebih dalam lagi.

Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang ahli penyelidik dari Amerika bahawa ‘orang bodoh dengan wang banyak adalah suatu fenomena yang sangat menarik’. Apakah yang akan terjadi bila orang bodoh tiba-tiba mendapatkan wang banyak?

Jelas, dia akan menghabiskannya tanpa perhitungan hanya untuk barang-barang dan kembali mengalami kesulitan kewangan kerana kemungkinan besar barang-barang tersebut akan dia beli dengan cara kredit.

Apakah dia selayaknya disebut orang kaya? Jelas tidak, orang yang betul-betul kaya tahu betul apa yang akan dia perbuat dengan duitnya dan akan mengembangkannya lebih banyak lagi.

Perkara utamanya adalah kejayaan yang kita terima akan selalu sesuai dengan keupayaan diri kita. Jika kita menerima kejayaan di luar keupayaan diri, malah kita akan jatuh lebih dalam dan gagal lebih parah.

Maka dari itu, jangan terlalu menyesali kegagalan. Bisa jadi dengan kegagalan Tuhan menyelamatkan kita dari kegagalan yang lebih parah. Yang perlu kita fokuskan adalah bagaimana caranya agar kita dapat berkembang secara peribadi untuk layak menjadi orang yang betul-betul berjaya sehingga kejayaan kita dapat bertahan lama dan semakin berkembang.

Semoga Berjaya!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More