Tuesday, March 8, 2011

Lambaian Kaabah


Ke tanah suci Makkah
Mulai 9 Mac - 21 Mac
Pohon kemaafan di atas sebarang kesilapan

Labbaikallahumma labbaik..
Labbaika la syarika laka labbaik..
Innal hamda wan nikmata laka wal mulk..
Laa syariika laka...

Monday, January 3, 2011

Pengalaman, Jejak Langkah Hidup Yang Mengajari Kita

Kepintaran, kekuasaan ataupun kedudukan yang disandang seseorang bukanlah bererti pemilikan atas segalanya. Apabila seseorang itu kurang bijak dalam menggunakan dan menjalankannya, maka kekuatan dapat membunuh dan menjadi beban kepada dirinya sendiri.

Ibarat cermin, pengalaman memberi kita banyak pelajaran dalam hidup. Pengalaman juga mematangkan seseorang dalam melangkah menjalani takdirnya.

Maka sebaik-baiknya tingkah laku adalah yang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman yang pernah dialami. Ibarat keldai, dia pun tidak mahu jatuh ke lubang yang sama dua kali. Pengalaman bukan sekadar mengalami, tetapi lebih dari itu, selalu bertanya dan belajar dari apa yang di alami. Dari sana kita dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan kita, serta apa yang perlu diperbaiki, atau diubah. Hasil dari semua itu, diharapkan kita memilih keputusan untuk masa depan kita dengan lebih cerdas, cermat, tepat.

Pengalaman akan memberikan fungsinya untuk mengajar kita, bila kita sendiri mahu dengan ikhlas dan jujur mengakui pada diri sendiri tentang kekurangan dan kebodohan kita sebagai manusia. Maka dari itu diperlukan keluasan hati dan ketidakpuasan atas diri. Orang yang cepat puas dalam menentukan kualiti dirinya, biasanya akan miskin pengalaman, atau memiskinkan dirinya dari mendapat pengalaman, walaupun waktu dan hal yang telah dialaminya sangat banyak.

Kualiti pilihan hidup dapat menentukan dan menghasilkan pengalaman, pengalaman sendiri memerlukan kita pada sebuah sikap bijak, berhati hati dan penuh pertimbangan dalam melangkah. Orang yang bijak akan dapat menilai persoalan bukan dari satu sudut atau berdasarkan kepentingannya sendiri.

Ia tidak akan begitu cepat melakukan dan menilai sesuatu kerana bimbang beberapa hal penting akan terlepas, dan ia tidak begitu sahaja selalu maju dan kehadapan, jika perlu ia bersedia ketepi dan berhenti. Setelah menguasai keadaan dia akan memutuskan dengan penuh pertimbangan.

Wednesday, December 29, 2010

Cara Mudah Mengurangi Kekotoran Pada Gigi

Makanan dan minuman yang Anda suka kadang-kadang menyebabkan kotoran pada gigi. Walaupun begitu, anda tidak harus benar-benar meninggalkannya asal faham bagaimana cara mengurangi kotoran. Berikut ini di antaranya:

1. Cari alternatif makanan dan minuman lain
Kebanyakan dari makanan dan minuman seperti blueberry, blackberry, dan sos tomato kaya dengan antioksidan. Anda tentunya berharap nutrisi itu tetap dapat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai penggantinya, Anda boleh mengambil sumber antioksidan lain seperti epal, jeruk, dan tembikai.

2. Gunakan sedutan
Cara lain untuk meminimakan pewarnaan gigi ialah menggunakan sedutan untuk minuman kegemaran anda seperti soda, jus, dan teh ais. Ini dapat menjaga minuman langsung bersentuhan gigi depan anda dan mengurangi risiko noda.

3. Telan terus
Kekotoran gigi dari makanan dan minuman juga berpunca daripada anda membiarkannya dalam waktu yang lama di dalam mulut. Sebaliknya, menelan dengan cepat dapat membantu melindungi gigi Anda dari kotoran. Untuk menghindari tersedak, masih penting untuk mengunyah makanan dengan baik sebelum menelannya.

4. Kumur dan berus gigi setelah makan
Selama lebih kurang 30 minit setelah anda mengambil sesuatu yang asam, enamel pada gigi berisiko sakit ketika memberus gigi. Jadi ada baiknya kumur terlebih dahulu baru memberus gigi setelah makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi, ada baiknya mengunyah gula-gula getah (chewing gum) terlebih dahulu.

Thursday, December 23, 2010

Langkah Mudah Untuk Wajah Cantik Dan Sihat

Kebanyakan produk kecantikan yang bermanfaat untuk melembabkan dan menyihatkan kulit dibuat daripada bahan-bahan yang terdapat di alam semulajadi. Oleh kerana itu, mengapa tidak terus mengambil dari sumbernya sahaja jika ingin mendapatkan kulit sihat seperti yang diinginkan?

Berikut ini 10 cara mudah mendapatkan kulit wajah yang sihat dengan bahan alam semulajadi:


  • Tepuk wajah dengan kain yang dibasahi dengan air panas untuk membuka pori-pori. Kemudian sapukan madu pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Bilas dengan air hangat, kemudian tepuk-tepuk wajah dengan kain yang dibasahi air sejuk.

  • Buatlah masker dengan kuning telur mentah. Aplikasikan kuning telur pada wajah dan leher, biarkan selama 30 minit, bilas dengan air sejuk.

  • Anda juga boleh membuat masker dengan putih telur. Aplikasikan putih telur pada wajah dan biarkan hingga putih telur mengering di wajah, kemudian baru anda hangatkan.

  • Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh menggunakan anggur. Cukup potong sebiji anggur menjadi dua, kemudian gosokkan isinya pada wajah. Setelah merata, bilas dengan air sejuk.

  • Tumbuk pisang yang sudah terlalu masak hingga halus, kemudian sapukan keseluruh wajah. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air hangat.

  • Yogurt tanpa rasa juga boleh digunakan untuk menyegarkan dan melembabkan wajah. Sapukan yogurt pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

  • Jika anda memiliki bibir yang pecah-pecah, sapukan minyak zaitun sebelum tidur. Biarkan semalaman dan dapatkan bibir lebih lembab esok harinya.

  • Hancurkan buah avokado lalu sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air dingin. Avokado baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit.

  • Siapkan susu pada sebuah bekas, kemudian celupkan sedikit cotton bud atau kapas dan terapkan pada wajah. Biarkan hingga anda merasa kulit wajah jadi lebih tegang dan bersihkan dengan air hangat. Rasakan kulit wajah menjadi lebih lembut.

  • Gunakan baking soda untuk mengangkat kulit mati dengan mencampurkannya dengan cleanser harian Anda.

Wednesday, December 22, 2010

Makan Tapi Kekal Langsing


Bagaimana dengan makan boleh terus kekal langsing ? Ikuti tip-tip di bawah:-

Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Tuesday, December 21, 2010

Anda Ingin Hidup Lebih Lama? Tidurlah di Tengahari

Mengikut kajian MSNNews, tidur di tengahari bagus untuk jantung. Peneliti Yunani yang meneliti kematian dari penyakit jantung mengatakan bahwa 37% orang yang melakukan tidur tengahari secara rutin, hidup lebih lama dibanding mereka yang tidak tidur atau istirehat di siang hari.

Penelitian lain juga menyebutkan sekitar 30 peratus orang boleh mendapatkan idea-idea terbaiknya setelah tidur tengahari sebentar. Sedangkan mereka yang boleh mendapatkan idea terbaik di meja hanya 11 peratus saja.

Tidur siang yang dimaksud dalam penelitian ini adalah tidur siang singkat namun berkualiti. Kualiti tidur ditentukan oleh kedalaman tidur tercapai.

Namun untuk mencegah berkurangnya kesedaran, cukup istirehat selama 10 menit saja. Sebuah kajian di Australia menyebutkan bahawa mereka yang tidur siang selama 20-30 menit lebih lambat menjalankan aktivitinya kembali.

Monday, December 20, 2010

Cara Agar Mata Tak Cepat Letih Di Depan Komputer

Di era globalisasi, kebanyakan orang tidak dapat jauh dari komputer dan berbagai peralatan lainnya. Ramai orang dapat menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk bekerja di depan komputer. Tapi hal ini dapat membuat mata cepat letih atau bahkan mengalami gangguan penglihatan.

“Selain sinar matahari, kekrapan bekerja di depan komputer juga dapat membuat mata mengalami penurunan daya penglihatan, tambahan pula orang sekarang seperti tidak padat berpisah dengan komputer,” jelas Dr Rini Mahendrastari Singgih, SpM, Paed. Opthal dari Mahendra Indonesia Eye Clinic.

Menurut Dr Rini, komputer dan peralatan elektronik lain dapat menyebabkan Computer Vision Syndrome (CVS), iaitu keletihan mata dan penglihatan akibat bekerja menggunakan komputer terlalu lama.

Computer Vision Syndrome biasanya terjadi kerana sistem pencahayaan yang salah, kurang berkedip dan juga posisi duduk yang tidak betul.

Gejala CVS dapat meliputi sebagai berikut:

1. Mata merah, pedih dan berair
2. Mata kering
3. Mata terasa letih
4. Kelopak mata atau dahi terasa berat
5. Sakit kepala atau migrain (sakit kepala sebelah)
6. Rasa sakit pada bahu

Selain mengalami CVS, kekerapan bekerja di depan komputer juga dapat menyebabkan miopia (rabun jauh), tekanan bola mata tinggi (glaukoma) dan tarikan pada otot luar bola mata.

Dr Rini memberikan beberapa cara yang dapat dilakukan agar mata tidak cepat letih ketika bekerja di depan komputer, antara lain:

1. Beristirehatlah 10 hingga 15 minit.
2. Lihat objek yang jauh lebih kurang selama 10 saat.
3. Stretching atau melakukan latihan mata.
4. Atur pencahayaan dari komputer.
5. Istirehatkan mata selama satu jam.
6. Atur posisi duduk (90 darjah), posisi keyboard (100 darjah) dari siku.
7. Jarak layar komputer sekitar 50-75 cm dari mata.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More